01 Ogos, 2011

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA!



Sukacita dimaklumkan bahawa SEMUA pusat latihan CIMB-YFA Bintang Muda akan ditutup disepanjang bulan puasa 2011. Langkah ini diambil supaya warga CIMB-YFA dapat menjalani ibadah puasa disamping keluarga serta diharap dapat menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri dan berbagai lagi kebaikan dibulan yang mulia ini.,


Adalah diharapkan agar para pelatih dapat mengawal pemakanan disepanjang bulan puasa ini. Bulan puasa adalah sama seperti bulan-bulan yang lain tetapi bezanya kita makan di waktu malam.

Sebaik-baiknya ibubapa / penjaga para pelatih dapat membahagikan waktu makan kepada beberapa waktu hidangan supaya tidak memberi beban yang teruk kepada perut di samping tubuh kita mendapat cukup kalori untuk keperluan seharian.

Jika pada hari-hari biasa kita mengambil sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam, begitu juga di bulan puasa. Cuba amalkan makan secara berperingkat seperti pada waktu berbuka, mulakan minuman dan kuih-muih atau buah-buahan.

Ini sebagai pengenalan atau pendahuluan kepada perut kita yang kosong. Kita memberi rehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib. Selepas ini barulah perut kita akan lebih bersedia menerima makanan dalam kuantiti yang lebih banyak.

Berikut adalah panduan makanan untuk menjamin kesihatan kita:
  • Kurangkan pengambilan lemak seperti mentega dan keju kerana lemak jenis ini juga mengandungi aras kolesterol yang tinggi.

  • Tingkatkan pengambilan buah dan sayur-sayuran segar. Kebanyakkan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku, pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan import seperti epal, pir dan lai.

  • Pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin. Selain sumbangan vitamin dan mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran juga adalah menyumbangkan serat (fiber).

  • Lebihkan pengambilan air. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkanlah dari minuman yang manis seperti minuman kordial dan minuman berperisa. Minuman yang berkafein seperti kopi tulen juga tidak digalakkan.

  • Kurangkan pengambilan makanan yang masin terutama ketika bersahur. Disamping kita dapat mengelakkan bahaya penyakit, kita juga akan tidak merasa dahaga ketika berpuasa.

  • Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang manis. Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis dan masalah kegemukkan.

Para pelatih juga digalakkan membuat latihan stamina sendiri disepanjang bulan puasa ini bagi persediaan untuk kejohanan yang mendatang.

Pihak pengurusan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda dan YFAMALAYSIA.COM ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga CIMB Foundation - YFA Bintang Muda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...