30 April, 2007

KEHANGATAN KARNIVAL YFA U12

Memang hangat!!!

Sememangnya, tidak dapat dinafikan, setiap karnival yang dianjurkan oleh YFA pasti mendapat sambutan yang menggalakkan dari para ibubapa pelatih.


Ini dapat disaksikan semasa berlangsungnya Karnival Bolasepak YFA U12 2007 yang baru berlangsung pada 29hb April 2007 yang baru lalu.

Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dalam karnival tersebut yang dipecahkan kepada 2 kumpulan seperti berikut:


KUMPULAN A
YFA Argentina
YFA England
YFA France
YFA Portugal

KUMPULAN B
YFA Brazil
YFA Germany
YFA Italy
YFA Spain

Selepas bersarapan, pelatih serta pengurus pasukan diberi penerangan ringkas mengenai aturcara serta peraturan karnival. Tepat jam 8.30 pagi, pertandingan pertama dimulakan. Semua pelatih mencuba bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan pasukan mereka dan secara tidak langsung bakal melayakkan mereka ke peringkat separuh akhir.


Selepas berakhirnya perlawanan peringkat kumpulan, 2 pasukan teratas dari setiap kumpulan iaitu YFA Argentina & YFA France (Kumpulan A) serta YFA Brazil & YFA Germany (Kumpulan B) telah berjaya melayakkan diri mereka ke peringkat separuh akhir.


Kehangatan terus dirasai apabila semua berlawanan yang dilangsungkan telah dijalankan dalam keadaan cuaca yang baik. Perlawanan akhir diantara YFA Argentina & YFA Brazil juga turut dimeriahkan dengan sorakan semua hadirin.


Adat pertandingan, pasti ada yang menang dan ada juga yang kurang bernasib baik. Disenaraikan keputusan penuh Karnival Bolasepak YFA U12 2007;


Tempat Pertama : YFA Argentina
Tempat ke 2 : YFA Brazil
Tempat ke 3 : YFA France

Penjaring Terbanyak : Darvintheran (Brazil)
Penjaga Gol Terbaik : Mohd Muazzam (YFA Argentina)
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : Mohd Munif (YFA Argentina)
Pemain Terbaik Karnival YFA U12 2007 : Suthesh a/l Perumal (YFA Argentina)

Tahniah kepada semua pemenang. Kepada yang kurang bernasib baik, tiada istilah kalah kerana kesungguhan yang telah dipamerkan sepanjang karnival berlangsung telah membuktikan bahawa semua pelatih YFA U12 telah berjaya mempraktikkan segala yang telah dipelajari semasa latihan mingguan.


Tidak dilupakan juga, tahniah kepada kesemua pengurus pasukan yang telah membimbing pasukan masing masing. Untuk pengetahuan semua, ketiga-tiga pasukan yang telah menduduki kedudukan teratas karnival kali ini telah dibimbing oleh pengurus pasukan wanita!!! ... Tahniah!


Hadiah hadiah telah disampaikan oleh En. Sivalingam, Ketua Jurulatih Figos FC serta En. S. Karrupiah, Ketua Jurulatih Pasukan Projek YFA U15. Turut hadir sepanjang karnival dijalankan adalah CEO YFA, Puan Amirtha Selvi yang telah sudi menyampaikan cenderahati kepada En. Sivalingam dan En. Karrupiah.


Karnival berakhir pada jam 2.00 petang selepas semua pelatih dijamu dengan jamuan tengahari.

23 April, 2007

DAULAT TUANKU ...


YFAMALAYSIA.COM ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Al Wathiqu Billah, Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj di atas pertabalan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung Malaysia yang ke 13 pada hari Khamis, 26 April 2007. Sebelum ini, baginda merupakan Sultan Terengganu yang ke 17.

Baginda telah dilahirkan pada 22 Januari, 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, beliau kemudiannya pergi ke luar negera untuk melanjutkan perajaannya di sekolah berprestij, Geelong Grammar School di Geelong, Australia.

Dalam tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di U.S. International University-Europe di London, memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera di International Relationships pada 9 Jun 1988.

Baginda telah melibatkan diri dengan kursus ketenteraan PRE SMC (E) 33 di Army School of Languages daripada 2 November 1982 hingga 31 Mei 1983, dan kemudiannya menghadiri kursus ketenteraan SMC 33 di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst di England daripada 3 May 1983, menghabiskan kursus Pegawai Kadet pada 9 Disember 1983. Baginda telah dikomisyenkan pangkat Leftenen pada 1 Mac 1984 dan telah memberikan khidmatnya di Askar Berkuda DiRaja.

Baginda telah dilantik sebagai Putera Mahkota negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979 dan kemudiannya pemangku Sultan Terengganu daripada 20 Oktober hingga 8 November 1990.

Baginda merupakan sultan melayu termuda semasa ditabalkan sebagai Sultan Terengganu pada 15 Mei 1998. Ketika itu baginda berumur 36 tahun. Kemudiannya, baginda telah dilantik sebagai Timbalan Yang DiPertuan Agong dari 26 April 1999 hinggalah baginda dilantik sebagai Yang DiPertuan Agung.

Pada 3 Novermber 2006, Majlis Raja Raja Melayu telah bersetuju untuk melantik baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung ke 13 mulai dari 13 Disember 2006 selama sepenggal (5 tahun). Baginda berumur 44 tahun semasa perlantikan tersebut, Yang DiPertuan Agung pertama yang dilahirkan selepas merdeka.

Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin akan diadakan dalam adat istiadat di-Raja Melayu, di Balairong Seri Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari Khamis, 26 April 2007 pukul 10.00 pagi


DAULAT TUANKU ...

21 April, 2007

KARNIVAL BOLASEPAK YFA U12 2007

Satu Karnival Bolasepak Youth Football Academy (YFA) U12 2007 akan diadakan seperti butiran yang berikut:


Tarikh

29hb April 2007 (Ahad)


Masa

8.00 pagi - 2.00 petang


Lokasi

Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah


Semua pelatih U12 dikehendaki berada di padang tersebut sebelum jam 8.oo pagi untuk pembahagian pasukan. Pelatih juga dikehendaki menjelaskan bayaran penyertaan karnival sebanyak RM10 sahaja. Suka juga dimaklumkan bahawa sarapan pagi dan makan tengahari akan disediakan.


Ibubapa yang berminat untuk menjadi pengurus pasukan juga boleh berbuat demikian dengan memberikan nama kepada Ketua Jurulatih YFA, Coach Rashidi pada pagi hari tersebut.


Jumpa anda di sana!

16 April, 2007

KEMERIAHAN KARNIVAL YFA U10 (KE 2) 2007

Bertempat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah (SMKPI), Karnival Bolasepak Youth Football Academy (YFA) U10 (ke 2) 2007 telah selamat dijalankan dengan tujuan mencari bakat² baru yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Kesemua pelatih U10 telah dipecahkan kepada 4 kumpulan dimana setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan dengan 5 orang pemain setiap satunya. Pengurus pasukan telah dipilih dari kalangan ibubapa pemain sendiri.

Antara pasukan yang bertanding ialah:

KUMPULAN A
YFA BOLTON
YFA ARSENAL
YFA MIDDLESBROUGH
YFA NEWCASTLE

KUMPULAN B
YFA CHELSEA
YFA EVERTON
YFA ASTON VILLA
YFA BLACKBURN

KUMPULAN C
YFA TOTTENHAM
YFA FULHAM
YFA READING
YFA LIVERPOOL

KUMPULAN D
YFA WIGAN
YFA MANCHESTER UNITED
YFA CHARLTON
YFA PORTSMOUTH

Pertandingan dimulakan serentak pada jam 8.30 pagi dengan penggunaan 3 padang. Setiap perlawanan berlangsung selama 10 minit. Dengan kerjasama semua pihak termasuk para ibubapa, pertandingan ini telah dapat ditamatkan tepat jam 2.00 petang.

Aksi² yang dipamerkan memperlihatkan bahawa kesemua pelatih telah berusaha berhabis-habisan untuk memenangi setiap perlawanan yang mereka tandingi. Namun, adat pertandingan, pasti ada yang kalah dan ada yang menang. Tahniah diucapkan kepada kesemua pelatih yang telah mengambil bahagian dalam karnival ini kerana yang pasti, tiada sesiapa yang kalah kerana dengan adanya karnival ini, YFA telah dapat mengcungkil banyak bakat baru yang selama ini tidak kelihatan baik dari cawangan Pandan Indah, Sentul dan juga Sungau Buloh.

Senarai pemenang adalah seperti berikut:

Pertama : Tottenham
Ke 2 : Portsmouth
Ke 3 : Chelsea

Penjaring Terbanyak : Mohd Danial Ashraff (Chelsea)
Penjaga Gol Terbaik : Darshini (Middlesbrough)
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : Mohd Alif Haikal (Tottenham)
Pemain Terbaik Kejohanan : Syazwan Salihin (Portsmouth)

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang sarapan pagi serta makan tengahari iaitu CEO YFA, Puan Amirtha Selvi serta Pengerusi YFA Sungai Buloh, En. Nurol.

YFAMALAYSIA.COM mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pelatih, kaum keluarga pelatih serta pengurusan YFA yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan karnival ini.


Bertemu lagi kita di Karnival Bolasepak YFA U12 2007 tidak lama lagi!

09 April, 2007

KARNIVAL BOLASEPAK YFA U10 2007

YFAMALAYSIA.COM ingin memaklumkan bahawa satu karnival dalaman untuk pelatih bawah 10 tahun Youth Football Academy (YFA) kali kedua akan dianjurkan seperti butiran di bawah:

Tarikh
15hb. April 2007 (Ahad)

Masa
8.00 pagi hingga 3.00 petang

Lokasi
Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah (SMKPI)

Tujuan
Mengeratkan perhubungan diantara keluarga pelatih YFA dengan pengurusan YFA disamping mencungkil bakat² baru untuk diketengahkan diperingkat luar.

Para pelatih perlu berada di padang SMKPI pada jam 8.00 pagi untuk sessi penerangan. Para ibubapa yang telah terpilih sebagai pengurus pasukan juga perlu berada di padang untuk penerangan tentang tugasan sepanjang masa karnival ini berlangsung.

Pelatih yang belum menjelaskan bayaran karnival sebanyak RM10.00 diminta berbuat demikian selewatnya hari Sabtu, 14hb. April 2007 ini pada Puan Amirtha.

Sekian ... harap maklum

02 April, 2007

SEKITAR KARNIVAL YFA U8

Karnival Youth Football Academy (YFA) U8 2007 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad, 1hb. April 2007 yang baru lalu bertempat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah (SMKPI).

Karnival yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dibahagikan kepada 2 kumpulan seperti berikut dengan 5 pemain setiap pasukan.

Kumpulan A
1. YFA Real Madrid
2. YFA Sevilla
3. YFA Espanyol
4. YFA Celta Vigo
5. YFA Bercelona
6. YFA Deportivo La Coruna

Kumpulan B
1. YFA Villareal
2. YFA Atletico Madrid
3. YFA Real Betis
4. YFA Osasuna
5. YFA Valencia

Sebelum pertandingan bermula, sarapan pagi telah diberikan kepada para pemain diikuti penerangan tentang tugasan para pengurus pasukan. Setiap perlawanan berlangsung selama 10 minit. Berbagai aksi pemain termasuk para ibubapa dapat disaksikan.

Pertandingan terpaksa dihentikan seketika kerana hujan lebat yang turun. Masa yang ada telah digunakan untuk jamuan makan tengahari dimana semua pemain, pengurus, penganjur serta ahli keluarga pemain turut dijemput sama.

Kesempatan yang ada ini telah digunakan untuk pengurusan YFA beramah mesra bersama ahli keluarga pemain. Selepas jamuan makan tengahari, para pemain diberi rehat seketika sebelum pertandingan bermula kembali.

Kemuncak kepada karnival ini adalah pertandingan separuh akhir dan akhir di mana semua yang hadir telah memenuhi kawasan sekitar padang pertandingan untuk menyaksikan aksi pemain² cilik berjuang berhabis-habisan untuk memenangi pertandingan tersebut sekaligus untuk bergelar juara.

Lumrah pertandingan, ada yang bernasib baik dan ada juga yang kurang bernasib baik. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:

Juara - YFA CELTA VIGO
Tempat Kedua - YFA REAL BETIS
Tempat Ketiga - YFA OSASUNA

Penjaga Gol Terbaik - MUHD NOR ATIFF - YFA CELTA VIGO
Penjaring Terbanyak - MUHD DANIAL HAZIM - YFA REAL BETIS
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir - ADIB NASRON - YFA CELTA VIGO
Pemain Terbaik Kejohanan - TANESH - YFA REAL BETIS

Hadiah² telah disampaikan oleh Ketua Jurulatih Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (Bawah 17 Tahun), En. Zul Akhbar. Selepas itu, acara pertunjukan puppet telah diadakan untuk menutup tirai Karnival YFA U8 2007.

YFAMALAYSIA.COM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemain yang telah berjaya menjadi juara dan kepada yang lain, anda juga adalah juara di atas semangat dan daya juang yang telah dipamerkan.

YFAMALAYSIA.COM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penyumbang sarapan pagi dan jamuan makan tengahari iaitu Puan Amirtha serta En. Nurool. Juga ucapan terima kasih kepada para pengurus pasukan yang telah berusaha sedaya upaya membawa pasukan masing² ke peringkat akhir.

Juga ucapan terima kasih kepada para ibubapa yang telah sudi menjadi AJK penyelia makanan semasa jamuan makan tengahari serta memastikan keadaan kantin bersih selepas itu.

Ucapan terima kasih juga kepada para jurulatih YFA yang telah bertugas dari awal pagi hingga lewat petang dalam menyediakan padang permainan, menjadi pengadil perlawanan, pencatat mata, unit kecemasan, unit PA, unit kebersihan selepas karnival dan lain lain lagi.

Juga ucapan terima kasih kepada mereka mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang mana jika hendak disebutkan nama satu persatu, pastinya semua ada terlibat walau sekecil manapun bantuan mereka.

Akhir kata, YFAMALAYSIA.COM memohon kemaafan jika ada sebarang perkara² yang tidak disengajakan yang mungkin menyinggung mana² pihak semasa kernival tersebut berlangsung. Jumpa lagi kita di karnival YFA U8 yang akan datang!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...