26 November, 2008

KEJOHANAN BOLASEPAK REMAJA PKNS 2008

Sekali lagi, YFA Bintang Muda akan bersama-sama memeriahkan Kejohanan Bolasepak Remaja PKNS 2008. Acara yang diadakan setiap hujung tahun ini pastinya akan mempertemukan ramai rakan rakan pelatih yang sudah pasti akan berubah apabila berada di tengah padang.

YFAMALAYSIA.COM membawakan kepada anda jadual perlawanan untuk rujukan semua.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

KATEGORI U8 (29/11/2008 - SABTU)

Kumpulan A
PKNS A
Gen Pro
UKRC
Brazil Football Academy

Kumpulan B
PKNS B
Cecawi FC
Kota Damansara FC

Kumpulan C
PNSB
MANs Soccer
YFA Bintang Muda
Bintang Biru

Kumpulan D
KLYS
Subang Jaya FC
Kiddo Kickers

Perlawanan
o9.00 pagi : YFA Bintang Muda mln Bintang Biru
09.40 pagi : YFA Bintang Muda mln MANs Soccer
10.20 pagi : YFA Bintang Muda mln PNSB

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

KATEGORI U10 (30/11/2008 - AHAD)

Kumpulan A
PKNS A
MBPJ
Soccer Kid
Kota Damansara FC
MANs Soccer

Kumpulan B
PKNS B
UKRC
Kiddo Kickers
PNSB

Kumpulan C
PKNS C
Gen Pro
YFA Bintang Muda
Bintang Biru
Arsenal Soccer

Kumpulan D
First Touch
Bukit Indah FC
Kelana Jaya Eagle
Cecawi FC

Perlawanan
o9.00 pagi : YFA Bintang Muda mln Gen Pro
10.20 pagi : YFA Bintang Muda mln PKNS C
12.00 Tgh : YFA Bintang Muda mln Bintang Biru
12.40 Tgh : YFA Bintang Muda mln Arsenal Soccer

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

KATEGORI U12 (29/11/2008 - SABTU)

Kumpulan A
PKNS A
Kelana Jaya Eagle
YFA Bintang Muda
KBRB
Arsenal Soccer

Kumpulan B
PKNS B
Subang Jaya FC
PNSB
Gen Pro
Bukit Indah FC

Kumpulan C
Kota Damansara FC
Bintang Biru
UKRC
TeleFlow FC
Kiddo Kickers

Kumpulan D
First Touch
MANs Soccer
Shah Alam FC
Jerung FC
MBPJ

Perlawanan Peringkat Kumpulan
08.40 pagi : YFA Bintang Muda mln KBRB
10.00 pagi : YFA Bintang Muda mln Kelana Jaya Eagle
11.20 pagi : YFA Bintang Muda mln PKNS A
02.20 ptg : YFA Bintang Muda mln Arsenal Soccer

Perlawanan Peringkat Suku Akhir
30/11/2008 (Ahad)

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

KATEGORI U14 (29/11/2008 - SABTU)

Kumpulan A
PKNS A
MBPJ
Arena FC
YFA Bintang Muda

Kumpulan B
PKNS B
Kiddo Kickers
KLYS
BFC

Kumpulan C
Cecawi FC
Subang Jaya FC
Kota Damansara FC
PNSB

Kumpulan D
Gen Pro
MANs Soccer
Bintang Biru
Jerung FC

Perlawanan
o8.00 pagi : YFA Bintang Muda mln Arena FC
10.00 pagi : YFA Bintang Muda mln MBPJ
12.00 pagi : YFA Bintang Muda mln PKNS A

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

KATEGORI U16 (30/11/2008 - AHAD)

Kumpulan A
PKNS A
Bintang Biru
Cecawi FC
YFA Bintang Muda

Kumpulan B
PKNS B
Jerung FC
Arena FC
Subang Jaya FC

Kumpulan C
Arsenal Soccer
Kota Damansara FC
Gen Pro
Kiddo Kickers

Kumpulan D
TeleFlow FC
PNSB
Remaja Puchong
MEBA FC

Perlawanan
o8.00 pagi : YFA Bintang Muda mln Cecawi FC
09.00 pagi : YFA Bintang Muda mln PKNS A
10.30 pagi : YFA Bintang Muda mln Bintang Biru

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Moga semua yang terlibat dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi terutamanya kepada para ibubapa yang memang amat dikenali sebagai penyokong fanatik setiap pasukan.

Harapan kepada pasukan YFA Bintang Muda supaya dapat mempamerkan semangat juang yang tinggi dan kekalkan semangat berpasukan.

Kami yakin YFA Bintang Muda boleh!!!

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

YFA ... OOOooooo!

23 November, 2008

IMPIAN JADI NYATA!



Bertempat di Stadium Bolasepak KLFA Cheras, Sabtu 22 November 2008, 12 orang pelatih YFA Bintang Muda telah membuktikan bahawa kehadiran mereka dipersada bolasepak tanahair perlu diberikan perhatian dalam Mini Nike Cup 2008.

Apatah lagi, dengan menyarung jersi Kebangsaan, semangat mereka semakin berkobar-kobar apabila telah digandingkan bersama pemain-pemain kebangsaan yang kebetulan baru pulang dari menyertai Cabaran Piala Grand Royal di Myanmar.

Mini Nike Cup 2008 diadakan bersempena dengan pelancaran kit baru pasukan Kebangsaan yang akan bertanding di dalam Piala Suzuki AFF di Bangkok dari 5 - 28 Disember 2008 depan.
Secara tidak langsung telah memberikan peluang kepada 12 pelatih ini beraksi dalam kejohanan 4 akademi bolasepak sekitar Lembah Klang yang terdiri dari YFA Bintang Muda, Arsenal Soccer School, Subang Jaya FC serta Akademi Nur Nilam.

Pertandingan diadakan secara kalah mati dan pasukan YFA Bintang Muda telah berjaya untuk mara ke peringkat akhir setelah berjaya menewaskan Akademi Nur Nilam pada perlawanan pertama. Perlawanan akhir telah menemukan YFA Bintang Muda dengan Subang Jaya FC yang berjaya menewaskan Arsenal Soccer School.

Menariknya, pada perlawanan akhir kedua dua pasukan telah diberikan suntikan semangat serta pengalaman dari bekas pemain-pemain kebangsaan.

Pelatih YFA Bintang Muda telah digandingkan dengan K Gunalan, Khan Hung Meng dan Amir Hakim manakala Anuar Abu Bakar dan V Murugan mewakili Subang Jaya FC.

Syabas dan tahniah kepada kesemua akademi yang menyertai kejohanan ini terutamanya kepada pelatih YFA Bintang Muda kerana tidak pernah tunduk kepada tekanan disamping berjaya mengekalkan persefahaman sepasukan disepanjang permainan.

Terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta Nike yang telah berjaya menganjurkan kejohanan ini. Hadir sama ialah Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad dan Jurulatih kebangsaan, B Sathianathan.

Semak ruangan GALERI untuk gambaran lanjut!

20 November, 2008

PELANCARAN CAWANGAN BUKIT BERUNTUNG

Suka diingatkan sekali lagi bahawa pelancaran cawangan baru YFA Bintang Muda di Bukit Beruntung akan berlangsung seperti dijadualkan hasil bantuan, sokongan dan kerjasama Majlis Daerah Hulu Selangor.

Beserta dengan pelancaran ini, sebuah Klinik Bolasepak Remaja akan dijalankan secara PERCUMA. Kanak-kanak dan remaja berumur diantara 6 tahun hingga 16 tahun dipelawa menyertainya.


Tarikh
22hb November 2008 (Sabtu)

Masa
08.00 Pagi

Lokasi
Padang Awam Bukit Beruntung
(Berhadapan Stesen Minyak Mobil)


Kanak-kanak dan remaja yang berminat boleh mendaftar pada hari tersebut. Sila hadir bersama ibubapa/penjaga dan berjumpa dengan Puan Amirtha. Pendaftaran juga dibuka pada setiap kali sessi latihan.

Kepada pelatih yang sudah mendaftar, berikut adalah sessi latihan seterusnya untuk Cawangan Bukit Beruntung.


Sabtu : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Ahad : 8.00 pagi - 10.00 pagi

Pihak YFA Bintang Muda amat-amat berterima kasih kepada Majlis Daerah Hulu Selangor kerana sudi bekerja sama dengan YFA Bintang Muda.

Akhirkata, majulah MDHS-YFA Bintang Muda demi pembangunan bolasepak Malaysia!

16 November, 2008

MINI NIKE CUP U15 2008

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda, En. Radha telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa seramai 11 orang pelatih YFA Bintang Muda telah dipilih untuk menyertai Kejohanan Mini Piala Nike U15 2008 yang akan berlangsung pada Sabtu, 22/11/2008 bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Kejohanan mini yang julung-julung kali diadakan ini hanya disertai oleh 3 akademi bolasepak sekitar Lembah Klang termasuk YFA Bintang Muda. Semua pelatih yang menyertai pertandingan ini akan menerima sepasang jersi Nike (dengan nama pelatih tertera di belakang jersi) serta stokin dan but berjenama Nike.

Juara kejohanan ini akan ditemukan dengan pasukan Remaja Malaysia dan adalah tidak mustahil mereka berpeluang untuk menyarung jersi kebangsaan jika berjaya memikat hati jurulatih pasukan kebangsaan dengan kebolehan mereka di tengah padang.

Mereka yang terpilih adalah seperti berikut:
  1. Ameer Hassan Bin Meera Hussain
  2. Muhammad Hadin Bin Azman
  3. Yusrin Bin Yusop
  4. Zulhelmi Bin Zolkepli
  5. Ahmad Aminuddin Bin Muhamad
  6. Mohd Syarwan Bin Syahlan
  7. Muhd Iskandar Bin Mohd Ismail
  8. Varathan a/l Murugarajan
  9. Shiddiqin Bin Mua'z
  10. Muhd Shamar Bin Fadzil
  11. Aritz Bin Zainal
Pelatih dan ahli keluarga adalah dipelawa untuk memberi sokongan kepada pasukan YFA Bintang Muda yang akan memulakan perlawanan mereka seawal jam 3.00 petang. Pelatih yang ingin hadir memberi sokongan diminta memakai jersi latihan hari Sabtu (Baju merah dan seluar kuning).

Sehubungan dengan itu, latihan di cawangan Pandan Indah telah dibatalkan untuk memudahkan para pelatih memberi sokongan kepada pasukan YFA Bintang Muda yang bertanding. Sokongan para ibubapa amat dihargai. Sekian, harap maklum.



Sementara itu, promosi berkenaan pembukaan cawangan baru YFA Bintang Muda di kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) sedang giat dijalankan. Ini termasuklah dengan promosi ke akhbar akhbar harian tempatan. Hari ini, berita mengenainya ada tersiar di akhbar Sinar Harian.

YFA Bintang Muda & YFAMALAYSIA.COM juga ingin mengucapkan tahniah kepada 2 orang pelatih YFA Bintang Muda yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR yang keputusannya telah diketahui pada hari Khamis lepas.

Mereka adalah:
  • Muhammad Shukery Bin Muhammad Affendy (Cawangan Cheras)
  • Davaan Jayabalan (Cawangan Pandan Indah)
Mereka berdua telah mendapat keputusan 5A!!! ... Syabas dan tahniah! ... Ada juga dikalangan pelatih lain yang mendapat 4A, 3A serta 2A yang mana menunjukkan pencapaian di dalam akademik boleh cemerlang jika bijak membahagikan masa di antara waktu belajar dan waktu bersukan.

Para pelatih ini juga disepanjang tempoh latihan dari awal tahun hinggalah tempoh mereka dibenarkan berehat dari mengikuti latihan (Bulan Jun) tidak pernah gagal untuk menghadiri latihan. Malah ada diantara mereka yang turut hadir walaupun peperiksaan UPSR semakin dekat.

14 November, 2008

PENUBUHAN MDHS YFA BINTANG MUDA

Tarikh Penubuhan
22hb November 2008

Pengurus Cawangan
Kapten Sypudin
016 232 4692 

Coach Halid
017 247 2328 

Pusat Latihan 
Padang Awam Bukit Beruntung

Masa Latihan
Sabtu : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Ahad : 8.00 pagi - 10.00 pagi

11 November, 2008

PELANCARAN PROGRAM BOLASEPAK MDHS


Majlis Daerah Hulu Selangor bersama YFA Bintang Muda akan melancarkan sebuah program bolasepak khas untuk warga Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Butiran lanjut pelancaran adalah seperti berikut:

Tarikh
22hb November 2008

Masa
08.00 Pagi

Lokasi
Padang Awam Bukit Beruntung
(Berhadapan Stesen Minyak Mobil)

Program Bolasepak ini dibuka dibuka kepada semua yang berumur diantara 6 tahun hinggalah 16 tahun. Diantara keunikan program ini adalah:


  • Jurulatih yang memiliki pengalaman luas mengenai sukan bolasepak serta mempunyai sijil kejurulatihan dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM);

  • Latihan sistematik dan profesional mengikut kategori umur (U8, U10, U12, U14 & U16) dan tahap kemahiran pelatih;

  • Berpeluang untuk bermain di dalam Liga FAM dan pertandingan-pertandingan di dalam serta di luar negara;

  • Peluang untuk menyertai Pasukan Bolasepak MDHS, Pasukan Bintang Muda FC (Liga Kuala Lumpur Divisyen 1 & 2), Pasukan Bank Simpanan Nasional (Penaja YFA Bintang Muda) dan lain lain lagi;

  • Pemain berbakat dihantar untuk pemilihan ke Sekolah Sukan Bandar Penawar, pemilihan Sekolah Sukan daerah serta pemilihan untuk menyertai pasukan negeri;

  • Setiap pelatih akan menerima sijil penyertaan dan pencapaian;


  • Sokongan sepenuhnya dari MDHS.

Setiap pelatih akan menerima dua (2) set jersi latihan sumbangan MDHS-YFA Bintang Muda serta pencalonan untuk Anugerah Pemain Terbaik (semua kategori umur).


Yuran pendaftaran adalah RM140.00 (Yuran pendaftaran RM100.00 + yuran bulan pertama RM40.00). Yuran bulanan seterusnya sebanyak RM40.00 perlu dijelaskan sebelum 7hb setiap bulan.


Ibubapa / Pelatih yang berminat perlu mengisi borang data peribadi yang lengkap dan diserahkan bersama yuran pendaftaran seperti di atas. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Coach Halid (017.247.2328), Coach Radha (016.675.0081 & 016.204.9620) dan Kapten Sypudin (016.232.4692)


Mari semarakkan kecintaan pelatih² muda ini kepada sukan bolasepak demi memartabatkan kembali maruah bolasepak negara Malaysia yang kita cintai ini!

03 November, 2008

UJIAN PEMILIHAN UNTUK PERTANDINGAN

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda, Coach Radha telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa satu ujian pemilihan akan di adakan bagi memilih pelatih pelatih yang akan mewakili YFA Bintang Muda bagi Kejohanan Bolasepak Remaja RSC & Kejohanan Bolasepak Remaja  Antarabangsa Singapura. 

Ujian pemilihan ini melibatkan para pelatih dari cawangan Sentul, Cheras & Pandan Indah dan akan dijalankan oleh Coach Karu (Ketua Jurulatih Pasukan Projek) serta Coach Apu (Ketua Jurulatih U16).

Butiran ujian adalah seperti berikut:

Kategori U8 & U10
Tarikh : 8hb. November 2008 (Sabtu)
Masa : 3.00 Petang
Lokasi : Padang MPAJ Pandan Indah

Kategori U12
Tarikh : 9hb. November 2008 (Ahad)
Masa : 3.00 Petang
Lokasi : Padang MPAJ Pandan Indah

Kriteria Ujian (Pemarkahan diberi menerusi Kad Ujian - 'Test Card')
  • Hantaran
  • Kelajuan mengelecek bola
  • Kelajuan membawa bola sambil berlari
  • Small Sided Game - SSG
  • Larian pecut 20 meter
Kriteria Pemilihan
  • Markah Ujian Tertinggi
  • Yuran Bulanan
Jumlah Pemilihan
  • Kejohanan Bolasepak Remaja  Antarabangsa Singapura : 7 Pelatih
  • Kejohanan Bolasepak Remaja  RSC : 10 Pelatih
Syarat Tambahan
  • Pemain yang sudah terpilih untuk Kejohanan Bolasepak Remaja  RSC tidak akan dipilih untuk Kejohanan Bolasepak Remaja  Antarabangsa Singapura dan begitulah sebaliknya. Ini bagi memberi peluang sama rata kepada semua pelatih YFA Bintang Muda menimba pengalaman.
  • Pelatih pelatih yang telah terpilih untuk sebarang kejohanan tetapi tidak hadir akan digantung dari menyertai 3 perlawanan persahabatan/pertandingan.
  • Sila rujuk surat bertarikh 02/11/2008 untuk butiran muktamad pemilihan.
Keputusan pemilihan akan dipamerkan di laman web www.yfamalaysia.com dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Coach Radha.

Sekian, harap maklum.

02 November, 2008

YFA BINTANG MUDA @ MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR



Warga Majlis Daerah Hulu Selangor!!! ... Kami Datang!!!

Keterangan lanjut hubungi:

Kapten Sypudin
016 232 4692

Coach Halid
017 247 2328

PERLAWANAN PERSAHABATAN

Beberapa siri perlawanan persahabatan telah dan bakal di adakan sebelum menjelangnya Kejohanan Antarabangsa Remaja Singapura serta Kejohanan Antarabangsa RSC bulan Disember nanti.

Antara siri perlawanan persahabatan yang telah dijalankan adalah seperti berikut:


Tarikh
1hb November 2008

Pasukan Terbabit
YFA Bintang Muda
Royal Selangor Club (RSC)
Everton Soccer School

Lokasi
Padang Royal Selangor Club (RSC) Bukit Kiara


Sementara itu, beberapa siri perlawanan persahabatan juga sudah diatur seperti berikut:

~~~ Ditunda atas permintaan UM Pintar ~~~

Tarikh / Masa
9hb November 2008 / 08:00 Pagi 

Pasukan Terbabit
YFA Bintang Muda
UM Pintar

Kategori Terbabit
U8, U10 & U12

Lokasi
Padang Bolasepak UM, Kuala Lumpur


~~~ Ditunda atas permintaan UM Pintar ~~~

Tarikh / Masa
10hb November 2008 / 4:00 Petang

Pasukan Terbabit
YFA Bintang Muda
Queensway Sec. FC (Singapura)

Kategori Terbabit
U14 & U16

Lokasi
Padang Bolasepak Ulu Pudu, Jalan Cheras

Para pemain yang terbabit diminta berada di lokasi yang disebutkan 30 minit sebelum perlawan bermula. Pengarah Jurulatih YFA Bintang Muda, En Radhakrishnan juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ibubapa dan pemain kerana telah dan akan memberi sokongan kepada pengurusan untuk membangunkan Akademi Bolasepak YFA Bintang Muda ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...