29 Julai, 2009

KEJOHANAN ANTARABANGSA RSC U12 KE 7 2009

CIMB Foundation - YFA Bintang Muda sekali lagi akan turut serta dalam sebuah kejohanan antarabangsa setelah menerima pelawaan tuan rumah, Royal Selangor Club (RSC) untuk menyertai Kejohanan Antarabangsa RSC U12 Ke 7 2009.

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh
1 & 2 Ogos 2009 (Sabtu & Ahad)

Lokasi
Royal Selangor Club
Kiara Sports Annex, Kuala Lumpur

Masa
8.00 pagi hingga 6.00 petang

Peringatan
1. Pelatih perlu berada di lokasi pada atau sebelum jam 7.30 pagi
2. Sila pakai Trek Sut CIMB Foundation - YFA Bintang Muda serta jersi latihan hari Ahad (Hijau/Biru).
3. Ibubapa / Penjaga diminta membawa bersama SIJIL KELAHIRAN asal

Keputusan Hari Pertama
CIMB Foundation - YFA Bintang Muda
2 menang & 1 seri, johan kumpulan, layak ke pusingan CUP

CIMB Foundation - YFA 2010
2 menang & 1 kalah, naib johan kumpulan, layak ke pusingan CUP



Antara pasukan antarabangsa yang akan turut serta adalah Swan United & Kelmscott Roos (Perth Austraia), FCB Escola A & B (Hong Kong), Singapore Chinese & Singapore Malays (Singapura), Manila Soccer Academy (Fillipina).

Tidak ketinggalan pasukan seperti Penang SC, 1st Touch Assumption & Bintang Biru (Pulau Pinang), Melodi Jaya Juniors (Johor), Kulim Tigers (Kedah), Brazil FC, Astaka Japanese School, Little League Soccer, UKRC, Daerah Petaling & Korean FC.

Juga turut menyahut cabaran adalah Junior Soccer School, Glenmarie United, MBPJ & SA TTDI. CIMB Foundation - YFA Bintang Muda telah diberi penghormatan oleh tuan rumah, Royal Selangor Club untuk menghantar 2 buah pasukan.

CIMB Foundation - YFA Bintang Muda telah diletakkan di dalam kumpulan C bersama Melodi Jaya Junior, Kelmscott Roos & Singapore Chinese manakala CIMB Foundation - YFA 2010 telah diletakkan di dalam Kumpulan D bersama Bintang Biru, Penang SC dan Daerah Petaling.

Menariknya, beberapa syarat telah diperkenalkan dalam pendaftaran pemain:
  1. Pasukan hanya dibenarkan mendaftarkan 2 ORANG SAHAJA pemain yang telah atau pernah terpilih dalam / bermain untuk /mewakili MSSM Negeri, Akademi Bolasepak Negeri ataupun Pasukan Kebangsaan. Kegagalan mengikuti peraturan ini akan menyebabkan pembatalan terus penyertaan.
  2. Pasukan yang mendaftarkan pemain melebihi umur (lahir tahun 1996 dan sebelum) akan dibatalkan terus penyertaan.
  3. Pasukan yang menerima aduan mengenai had lebih umur perlu menunjukkan SIJIL KELAHIRAN asal pemain atau dibatalkan terus penyertaan.
  4. Pemeriksaan daftar pemain pasukan lawan DIBENARKAN SEBELUM perlawanan dan sebarang bantahan perlu dibuat SEBELUM perlawanan bermula.
CIMB Foundation - YFA Bintang Muda merasa bangga kerana kita sentiasa mematuhi peraturan ini walaupun tidak dikuatkuasakan sepenuhnya. Malah kita boleh berbangga kerana akan menurunkan 3 pelatih berusia 9 tahun, 5 pelatih berusia 10 tahun dan 8 pemain berusia 11 tahun di dalam kedua dua pasukan sebagai pendedahan awal kepada mereka. Moga para pelatih kita dapat bermain dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi.

Semua warga CIMB Foundation - YFA Bintang Muda dipelawa hadir untuk memberi sokongan.

** Kita MENANG sebagai SATU PASUKAN **
* Kita KALAH juga sebagai SATU PASUKAN *

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...