13 Disember, 2009

JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN RSC 2009!!!


JUARA KESELURUHAN!



CIMB Foundation - YFA Bintang Muda mengotakan janjinya pada tahun lepas untuk muncul sebagai juara keseluruhan Kejohanan Bolasepak Antarabangsa RSC atau lebih dikenali sebagai Piala Dato Chu Ah Ngee 2009.



Kejayaan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda adalah hasil kajayaan dalam 5 kategori penyertaan dimana 3 kategori telah dinobatkan sebagai Johan dan 2 kategori pula dinobatkan sebagai Naib Johan. Bukan itu sahaja, beberapa anugerah individu turut dimenangi oleh pelatih kita seperti Pemain Terbaik Kejohanan dan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Kejayaan menjuarai Piala Dato Chu Ah Ngee (edisi ke 5) 2009 sememangnya manis dan amat berbaloi setelah para pelatih berusaha gigih bermula seawal cuti persekolahan lagi untuk turun ke padang pada hari biasa untuk memantapkan persefahaman sesama rakan sepasukan.

Seawal jam 7.00 pagi lagi para pelatih bersama ahli keluarga telah berhimpun di Kelab DiRaja Selangor, Bukit Kiara. Dimulakan dengan upacara perasmian, pasukan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda bermula garang mengharungi perlawanan demi perlawanan diperingkat kumpulan dengan tekad untuk melangkahkan kaki ke peringkat separuh akhir.

Menjelang tengahari, kesemua perlawanan peringkat kumpulan berjaya ditamatkan dan kesemua 5 kategori yang disertai berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir. Benar seperti yang diucapkan oleh juruacara majlis,

"satu-satunya akademi yang berjaya ke peringkat separuh akhir untuk semua kategori"!

Permulaan separuh akhir sememangnya mendebarkan. Berbekal semangat juang yang tinggi serta keazaman untuk berjaya, kelima-lima kategori iaitu U8, U10, U12, U14 & U16 berjaya melangkahkan kaki ke peringkat akhir.


Wira U8

Detik juara keseluruhan mula menjelma apabila pasukan U8 berjaya memenangi perlawanan mereka dengan menewaskan pasukan tuan rumah, RSC. Seterusnya, pasukan U16 pula berjaya memenangi perlawanan mereka menewaskan BFA Australia.


Wira U10

Detik juara keseluruhan juga terus dirasai walaupun pasukan U14 & U12 kita terpaksa akur kepada lawan masing masing. Kemuncak pada perlawanan akhir adalah perlawanan pasukan U10 kita menentang RSC yang mana ianya dijalankan dihadapan pentas utama disaksikan kesemua VIP termasuklah Dato Chu Ah Ngee sendiri.


Wira U12

Dari sepak mula lagi, jelas penguasaan pasukan kita yang mengawal permainan dengan kemas. Sokongan padu tidak berbelah-bagi para penyokong disekeliling padang seakan menggamit kembali perlawanan akhir Kejohanan Antarabangsa RSC U12 2009 lalu.


Wira U14

Tamat perlawanan Kategori U10 mengukuhkan genggaman CIMB Foundation - YFA Bintang Muda untuk muncul sebagai JUARA KESELURUHAN dengan 3 JOHAN dan 2 NAIB JOHAN.

Wira U16

Sejurus selepas perlawanan akhir U10 tamat, acara penyampaian hadiah dijalankan. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan:

Kategori U8
Kedudukan Keseluruhan : Johan
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : Amal Hazim Hazman
Pemain Terbaik Kejohanan : Muhammad Ikmal Ramlan

Kategori U10
Kedudukan Keseluruhan : Johan
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : Aqil Danish Azman
Pemain Terbaik Kejohanan : Muhammad Alif Safwan

Kategori U12
Kedudukan Keseluruhan : Naib Johan
Pemain Terbaik Kejohanan : Dinesh Raja Singam

Kategori U14
Kedudukan Keseluruhan : Naib Johan

Kategori U16
Kedudukan Keseluruhan : Johan
Penjaring Terbanyak Kejohanan : Muhammad Syafwan Syahlan
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : Abdul Halim Harun
Pemain Terbaik Kejohanan : Syed Mohamad Ismail

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda, En Radhakrishnan mengucapkan tahniah dan terima kasih khas kepada semua ibubapa serta pelatih yang telah berjaya menaikkan serta mengharumkan nama CIMB Foundation - YFA Bintang Muda.

Juga ucapan terima kasih khas kepada semua jurulatih dan semua Penolong Jurulatih yang telah bersama-sama bertungkus lumus memastikan kejayaan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda dalam kejohanan ini.

Terima kasih juga kepada Royal Selangor Club yang berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan begitu meriah dan teratur sekali.

Untuk rekod, pada kejohanan tahun 2007, CIMB Foundation - YFA Bintang Muda kurang 1 mata untuk muncul johan keseluruhan. Tahun 2008 CIMB Foundation - YFA Bintang Muda berkongsi mata namun tuan rumah dipilih menjadi johan. Tahun 2009 ... CIMB Foundation - YFA Bintang Muda adalah JOHAN!!!

"Kita MENANG sebagai SATU PASUKAN"
"Kita KALAH juga sebagai SATU PASUKAN"



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...