Pengarah Teknikal CIMB-YFA Bintang Muda telah memaklumkan kepada YFAMALAYSIA.COM bahawa skuad U21 CIMB-YFA Bintang Muda yang rata-rata dibarisi oleh pemain U16 telah menyertai Kejohanan Jemputan Pengadil AFC 2010 yang telah berlangsung dari 05/11/2010 hingga 07/11/2010 bertempat di Padang MSN Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kejohanan jemputan ini merupakan salah satu dari sesi praktikal bakal pengadil AFC sebelum mereka dilantik sebagai pengadil AFC.
Kejohanan yang disertai 6 pasukan ini dipertandingkan secara liga sebelum merebut tempat ke separuh akhir. Berikut adalah keputusan perlawanan hari pertama dan kedua (peringkat kumpulan) kejohanan:
Peringkat Kumpulan
CIMB YFA 2 - 0 KL City FC
CIMB YFA 1 - 0 Sekolah Sukan Bukit Jalil
CIMB YFA 4 - 0 Majestic Stone FC
CIMB YFA 2 - 0 KL Eagle FC
CIMB YFA 3 - 0 ???
Separuh Akhir
CIMB YFA 3 - 0 ???
Separuh Akhir
(P) CIMB YFA 1 (3) - (2) 1 KL City FC
Skuad CIMB-YFA Bintang Muda telah berjaya menduduki kedudukan teratas liga dengan memenangi kesemua 5 perlawanan. Undian untuk peringkat separuh akhir telah menemukan CIMB-YFA Bintang Muda dengan pasukan KL City FC.
KL City FC nyata bermain habis-habisan untuk menundukkan CIMB-YFA Bintang Muda dan kemenangan hampir berpihak kepada mereka apabila mereka berjaya menjaringkan gol dalam 5 minit terakhir perlawanan.
Namun seperti anak harimau yang dikejut dari tidur, skuad muda CIMB-YFA Bintang Muda bangkit untuk menyamakan kedudukan 2 minit selepas jaringan pihak lawan. Penentuan pemenang diteruskan menerusi sepakan penalti.
Debaran terus dirasai apabila ada pemain dari pasukan masing-masing yang gagal menjaringkan gol. Namun tuah berpihak kepada skuad CIMB-YFA Bintang Muda kerana berjaya menyempurnakan 3 sepakan dari 6 percubaan.
Menanti di peringkat akhir adalah Sekolah Sukan Bukit Jalil yang pastinya ingin menebus kembali kekalahan mereka diperingkat kumpulan. Nyata kali ini mereka lebih bersedia dan hasil berbalas serangan, mereka berjaya menundukkan pasukan kita dengan 2 jaringan berbalas kosong. Faktor menunggu yang lama dipercayai antara sebab pemain kita tidak dapat beraksi dengan cemerlang.

Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pemain kita yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam pertandingan ini.
Sementara itu, pasukan CIMB-YFA Bintang Muda U9 tidak kurang hebatnya apabila berjaya menjuarai Kejohanan Bandaraya Shah Alam 10 Tahun 2010 yang telah berlangsung pada 30-31 Oktober 2010 lalu. Tahniah kepada semua dan terima kasih kepada para ibubapa yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada anak-anak mereka.
~ Kita menang sebagai 1 Pasukan ~
~ Kita kalah juga sebagai 1 Pasukan ~