Pengarah Teknikal CIMB-YFA Bintang Muda, En. Radakrishnan Nadesan beserta pihak pentadbiran CIMB-YFA Bintang Muda dan para jurulatih ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua pelatih dan ahli keluarga pelatih CIMB-YFA Bintang Muda.
Beliau juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa pelatih CIMB-YFA Bintang Muda yang telah sanggup berkorban tenaga, masa dan wang demi membantu CIMB-YFA Bintang Muda melahirkan bakat-bakat baru yang bakal menjadi pemain pelapis kepada skuad negara yang ada sekarang.
Sehubungan dengan itu, mulai tahun 2011 ini, pemantauan terhadap perkembangan para pelatih akan dilaksanakan dengan lebih tersusun bagi mengenal pasti para pelatih yang bakal diserapkan ke skuad elit serta mengenal pasti pelatih-pelatih yang memerlukan perhatian yang lebih semasa sesi latihan di adakan.
Oleh yang demikian, beliau telah memaklumkan bahawa mulai tahun 2011, semua pelatih CIMB-YFA Bintang Muda (baru dan lama) perlu mengisi borang seperti di bawah ini untuk tujuan pengemaskinian data.
Tujuan pengemaskinian ini diadakan adalah supaya pihak pentadbiran CIMB-YFA Bintang Muda dapat memasukkan butiran peribadi pelatih ke dalam pengkalan data secara 'online' sebelum pemantauan ke atas perkembangan pelatih dapat dilaksanakan.
Tujuan pengemaskinian ini diadakan adalah supaya pihak pentadbiran CIMB-YFA Bintang Muda dapat memasukkan butiran peribadi pelatih ke dalam pengkalan data secara 'online' sebelum pemantauan ke atas perkembangan pelatih dapat dilaksanakan.
Borang ini boleh didapati secara percuma daripada Puan Amirta dan perlu dikembalikan secepat mungkin. Kepada para ibubapa yang mempunyai akses ke laman web ini diharap dapat membantu memaklumkan perkara ini kepada ibubapa yang lain.
Pelatih CIMB-YFA Bintang Muda yang telah dimasukkan butiran peribadinya ke dalam pengkalan data akan menerima kad pengenalan diri CIMB-YFA Bintang Muda seperti di atas.
Kerjasama semua adalah amat dihargai demi melancarkan lagi proses pengemaskinian data ini. Sekian harap maklum.