12 Disember, 2010

CIMB-YFA JUARA BERGANDA PERTAMA MY YOUTH LEAGUE 2010

Juara berganda U11 & U12 bersama Jurulatih & Pengarah Teknikal

Bertempat di Institut Perguruan Teknik Cheras pada 11/12/2010, CIMB-YFA Bintang Muda meneruskan kecemerlangan bergandanya dengan menjuarai Kategori U11 & U12 dalam edisi pertama MY YOUTH LEAGUE 2010.



CIMB-YFA U11 bersama pasukan Jasmine Putra United sebelum perlawanan akhir

Kejohanan yang membabitkan 12 pasukan untuk Kategori U12 dan 10 pasukan untuk kategori U11 telah dipecahkan kepada 2 kumpulan dengan setiap perlawanan bermain selama 6 minit untuk setiap separuh masa dengan 1 minit rehat.


CIMB-YFA U12 bersama pasukan MUKL sebelum perlawanan akhir

Kemuncak kepada setiap perlawanan adalah juara setiap kumpulan akan bertemu untuk menentukan juara kategori dan tempat kedua kumpulan akan bertemu untuk menentukan kedudukan tempat ke 3 dan 4. 

Juara Kategori U11
CIMB-YFA Bintang Muda U11 berjaya menjuarai Kumpulan B dan bertemu dengan juara Kumpulan A iaitu Jasmine Putra United. Dari permulaan perlawanan akhir, juara jelas menjadi milik CIMB-YFA U11 apabila menguasai perlawanan dan berjaya menjaringkan 3 gol tanpa balas hingga ke wisel penamat.

Juara Kategori U12
CIMB-YFA Bintang Muda U12 pula berjaya menjuarai Kumpulan A dan bertemu dengan juara Kumpulan B iaitu pasukan MUKL. Perlawanan sememangnya sengit dari awal wisel permulaan dan menyebabkan CIMB-YFA Bintang ketinggalan 1 - 0 pada separuh masa pertama.

Namun atas kata-kata dorongan dari jurulatih serta sorakan semangat para penyokong seakan memberikan nafas baru kepada pasukan muda ini dan mereka berjaya mengawal permainan serta menjaringkan 2 gol bagi memenangi perlawanan akhir ini.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terbabit terutamanya para jurulatih dan ibubapa yang sentiasa menyokong pasukan CIMB-YFA Bintang Muda.

~ Kita Menang Sebagai Satu Pasukan ~
~ Kita Kalah Juga Sebagai Satu Pasukan ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...