29 Julai, 2009

KEJOHANAN ANTARABANGSA RSC U12 KE 7 2009

CIMB Foundation - YFA Bintang Muda sekali lagi akan turut serta dalam sebuah kejohanan antarabangsa setelah menerima pelawaan tuan rumah, Royal Selangor Club (RSC) untuk menyertai Kejohanan Antarabangsa RSC U12 Ke 7 2009.

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh
1 & 2 Ogos 2009 (Sabtu & Ahad)

Lokasi
Royal Selangor Club
Kiara Sports Annex, Kuala Lumpur

Masa
8.00 pagi hingga 6.00 petang

Peringatan
1. Pelatih perlu berada di lokasi pada atau sebelum jam 7.30 pagi
2. Sila pakai Trek Sut CIMB Foundation - YFA Bintang Muda serta jersi latihan hari Ahad (Hijau/Biru).
3. Ibubapa / Penjaga diminta membawa bersama SIJIL KELAHIRAN asal

Keputusan Hari Pertama
CIMB Foundation - YFA Bintang Muda
2 menang & 1 seri, johan kumpulan, layak ke pusingan CUP

CIMB Foundation - YFA 2010
2 menang & 1 kalah, naib johan kumpulan, layak ke pusingan CUP



Antara pasukan antarabangsa yang akan turut serta adalah Swan United & Kelmscott Roos (Perth Austraia), FCB Escola A & B (Hong Kong), Singapore Chinese & Singapore Malays (Singapura), Manila Soccer Academy (Fillipina).

Tidak ketinggalan pasukan seperti Penang SC, 1st Touch Assumption & Bintang Biru (Pulau Pinang), Melodi Jaya Juniors (Johor), Kulim Tigers (Kedah), Brazil FC, Astaka Japanese School, Little League Soccer, UKRC, Daerah Petaling & Korean FC.

Juga turut menyahut cabaran adalah Junior Soccer School, Glenmarie United, MBPJ & SA TTDI. CIMB Foundation - YFA Bintang Muda telah diberi penghormatan oleh tuan rumah, Royal Selangor Club untuk menghantar 2 buah pasukan.

CIMB Foundation - YFA Bintang Muda telah diletakkan di dalam kumpulan C bersama Melodi Jaya Junior, Kelmscott Roos & Singapore Chinese manakala CIMB Foundation - YFA 2010 telah diletakkan di dalam Kumpulan D bersama Bintang Biru, Penang SC dan Daerah Petaling.

Menariknya, beberapa syarat telah diperkenalkan dalam pendaftaran pemain:
  1. Pasukan hanya dibenarkan mendaftarkan 2 ORANG SAHAJA pemain yang telah atau pernah terpilih dalam / bermain untuk /mewakili MSSM Negeri, Akademi Bolasepak Negeri ataupun Pasukan Kebangsaan. Kegagalan mengikuti peraturan ini akan menyebabkan pembatalan terus penyertaan.
  2. Pasukan yang mendaftarkan pemain melebihi umur (lahir tahun 1996 dan sebelum) akan dibatalkan terus penyertaan.
  3. Pasukan yang menerima aduan mengenai had lebih umur perlu menunjukkan SIJIL KELAHIRAN asal pemain atau dibatalkan terus penyertaan.
  4. Pemeriksaan daftar pemain pasukan lawan DIBENARKAN SEBELUM perlawanan dan sebarang bantahan perlu dibuat SEBELUM perlawanan bermula.
CIMB Foundation - YFA Bintang Muda merasa bangga kerana kita sentiasa mematuhi peraturan ini walaupun tidak dikuatkuasakan sepenuhnya. Malah kita boleh berbangga kerana akan menurunkan 3 pelatih berusia 9 tahun, 5 pelatih berusia 10 tahun dan 8 pemain berusia 11 tahun di dalam kedua dua pasukan sebagai pendedahan awal kepada mereka. Moga para pelatih kita dapat bermain dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi.

Semua warga CIMB Foundation - YFA Bintang Muda dipelawa hadir untuk memberi sokongan.

** Kita MENANG sebagai SATU PASUKAN **
* Kita KALAH juga sebagai SATU PASUKAN *

26 Julai, 2009

KARNIVAL BOLASEPAK KEMERDEKAAN KE 52 PNSB

Juara U10 Karnival PNSB
(Gambar dari Haiqal Lau 1o)
Juara U8 Karnival PNSB
(Gambar dari Gila Gila Bola)


Berakhir sudah Karnival Bolasepak Kemerdekaan Ke 52 PNSB 2009. CIMB Foundation - YFA Bintang Muda sekali lagi berjaya membuktikan bahawa turunnya pelatih kami ke padang adalah dengan satu tujuan, mempraktikkan apa yang dipelajari di padang latihan setiap minggu.

Adat pertandingan juga, ada yang kalah dan ada yang menang. Kadangkala faktor cuaca, masalah kesihatan dan mutu pengadilan turut menyumbang kepada rentak permainan pelatih.

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan yang diadakan setiap tahun ini oleh Perbadanan Negeri Selangor Berhad, PNSB.

Kategori & Kedudukan
U8 - Juara
U10 - Juara
U15 - Tempat ke 3

Anugerah Pemain Terbaik Kejohanan
U10 - Tanesh Muruga Rajan
U8 - Mohd Ikmal Ramlan

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Ucapan terima kasih juga sepatutnya ditujukan kepada IBABAPA/PENJAGA yang turut berpanas berhujan menyaksi serta memberi sokongan tidak berbelah bagi terhadap pemain yang bertanding.

Terima kasih juga kepada pihak penganjur kerana telah menganjurkan pertandingan yang sungguh hebat ini. Kami faham bahawa bukan mudah untuk mengendalikan karnival sebesar ini. Moga kejayaan karnival kali ini dapat memberi kenangan manis kepada semua yang terlibat.

Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan Kategori U17 pada minggu hadapan, Sabtu 1 Ogos 2009. Klik SINI untuk jadual perlawanan. Jumpa di sanaaaa!

*** Kita MENANG sebagai SATU PASUKAN ***
** Kita KALAH juga sebagai SATU PASUKAN **

24 Julai, 2009

2 PELATIH CIMB FOUNDATION-YFA BINTANG MUDA SERTAI SKUAD MALAYSIA U15!!!

Tiada apa yang lebih dibanggakan apabila melihat anak didik kita beroleh kejayaan dalam perjalanan hidup mereka.

Begitu jugalah kami di CIMB Foundation - YFA Bintang Muda apabila mendapat perkhabaran bahawa 2 orang pelatih U15 kita iaitu Mohd Hadin Azman dan Syed Mohd Ismail telah terpilih untuk mewakili Skuad Kebangsaan Malaysia U15!!!

Mereka yang masing masing dari SMK Victoria & SMK Tinggi Setapak telah dipanggil untuk mendaftarkan diri ke Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 24 Julai 2009. Hadin yang bermain diposisi penyerang manakala Syed merupakan benteng terakhir (penjaga gol) CIMB Foundation - YFA Bintang Muda U15.

Kedua-dua mereka telah bermula di CIMB Foundation - YFA Bintang Muda seawal dari umur 10 tahun lagi dan sering terpilih untuk mewakili CIMB Foundation - YFA Bintang Muda dalam mana mana kejohanan yang CIMB Foundation - YFA Bintang Muda sertai hasil dari komitmen semasa latihan serta tahap disiplin yang tinggi, ditambah lagi dengan bakat semulajadi yang mereka berdua miliki.

Antara pencapaian mereka adalah seperti berikut:

KEJOHANAN BOLASEPAK ANTARABANGSA RSC - (16 DISEMBER 2006)
Penjaring Terbanyak Bawah 12 Tahun : Mohd Hadin Bin Azman
Pemain Terbaik Kejohanan Bawah 12 Tahun : Mohd Hadin Bin Azman

KEJOHANAN BOLASEPAK ANTARABANGSA RSC- (15 MAC 2008)
Pemain Terbaik U15 (Muhd Hadin Bin Azman)
Penjaring Terbanyak U15 (Muhd Hadin Bin Azman)

KEJOHANAN BOLASEPAK ANTARABANGSA LITTLE LEAGUE - (26-27 APRIL 2008)
Pemain Terbaik Kejohanan U14 (Muhd Hadin Bin Azman)

Selain dari mewakili CIMB Foundation - YFA Bintang Muda mereka berdua turut mewakili sekolah masing masing dan telah dipilih untuk Skuad Kuala Lumpur U15 yang bertanding dalam MSSM 2009 bertempat di Kota Bharu baru baru ini malah telah mendapat anugerah sebagai Pemain Terbaik Kejohanan serta Penjaga Gol Terbaik Kejohanan!

Moga bakat mereka berdua ini akan terus menyinar sehingga ke peringkat lebih tinggi lagi dan menjadi 'ikon' kepada pelatih pelatih muda lain agar terus berusaha dengan lebih gigih kerana untuk menggapai kejayaan bukanlah mudah apatah lagi dalam sukan bolasepak, peluang untuk menempatkan diri dalam Skuad Malaysia hanya terbuka kepada 24 pemain sahaja.






*** Tunjukkan kebolehan ... baru coach pilih ***
*** Jangan tunggu coach pilih baru nak tunjukkan kebolehan ... dah terlambat! ***

20 Julai, 2009

KARNIVAL BOLASEPAK KEMERDEKAAN KE 52 PNSB

CIMB Foundation - YFA Bntang Muda akan menyertai Karnival Bolasepak Kemerdekaan Ke 52 PNSB yang akan berlangsung di Stadium Mini Shah Alam, Selangor pada tarikh seperti di bawah:

Sabtu 25 Julai 2009
U10 & U15

Ahad 26 Julai 2009
U8 & U12

Sabtu 1 Ogos 2009
U17

Karnival dijangka akan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Para pelatih diminta berada di lokasi pertandingan pada/sebelum jam 7.30 pagi. Ibubapa/penjaga juga diminta menyerahkan salinan surat beranak pelatih sebelum perlawanan bermula.

Moga para pelatih CIMB Foundation - YFA Bintang Muda dapat memberikan persembahan yang penuh bersemangat disepanjang karnival tersebut.


*** CIMB Foundation - YFA Bintang Muda ***
** Kita Menang Sebagai SATU PASUKAN **
* Kita Kalah Juga Sebagai SATU PASUKAN *

15 Julai, 2009

KARNIVAL AMPANG JAYA (17 - 19 JULAI 2009)

Sempena Ulangtahun MPAJ dan Bulan Kemerdekaan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan menganjurkan Karnival Ampang pada 17-19 Julai 2009.

Pelbagai acara menarik turut diadakan seperti ’Battle Of The Band’, Persembahan Kebudayaan, Persembahan Badut, Pertandingan Memasak, ’Fruit Curving’, Pertandingan Bayi Comel, Pertandingan Autoshow dan Kereta Antik, Pertandingan Mewarna, Demo ’Drif Car’ Kawalan Jauh, Pertunjukkan Motor Polis, Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun dan Sukaneka.

CIMB Foundation - YFA Bintang Muda telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan acara "Bola Sepak Bawah 12 Tahun". Acara yang akan berlangsung pada jam 8.00 pagi hari Sabtu ini dijangka akan dimeriahkan dengan berbagai penyertaan pasukan, bukan sahaja dari sekolah-sekolah malah pasti akan mendapat sambutan dari kelab-kelab dan akademi-akademi di dalam kawasan Ampang.

CIMB Foundation - YFA Bintang Muda turut menghantar beberapa pasukan sebagai pendedahan. Warga CIMB Foundation - YFA Bintang Muda dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada para pelatih disamping memeriahkan lagi acara ini.

Para pelatih yang terbabit diminta berada di Padang Bolasepak MPAJ pada jam 7.30 pagi dengan berpakaian jersi latihan hari Sabtu (Kuning/Hitam/Hitam). Manakala latihan bagi pelatih yang tidak terbabit akan berjalan seperti biasa, cuma lokasi dipindahkan ke Padang Bolasepak Taman Kencana, bersebelahan dengan Dewan Serbaguna MPAJ.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jurulatih bagi kategori masing-masing di atas.

12 Julai, 2009

CIMB FOUNDATION - YFA BINTANG MUDA MENYINAR DI KEJOHANAN PRO LEAGUE LITTLE LEAGUE 2009!


Pro League Little League menutup tirainya dengan kesemua kategori yang dipertandingkan telah mengadakan perlawanan terakhir mereka semalam.

Seperti yang dijangkakan, CIMB Foundation - YFA Bintang Muda muncul sebagai juara, bukan untuk satu kategori tetapi untuk tiga kategori dari empat kategori yang dipertandingkan. Tahniah & Syabas!!!

Berikut adalah keputusan rasmi Pro League Little League 2009:

Kategori U8
Juara

Kategori U10
Juara

Kategori U12
Naib Juara

Kategori U14
Juara

Terima kasih juga diucapkan kepada para ibubapa/penjaga yang sejak dari awal Pro League Little League dimulakan tidak jemu jemu memberi sokongan dan dorongan.

Moga para pelatih cilik ini menghargai sumbangan ibubapa/penjaga mereka dan terus berlatih bersungguh-sungguh agar lebih maju lagi dalam sukan bolasepak.


*** Kita menang sebagai satu pasukan ***
*** Kita kalah pun sebagai satu pasukan ***

08 Julai, 2009

TREK SUT CIMB FOUNDATION - YFA BINTANG MUDA

*** TERKINI ***
PESANAN BUAT MASA INI SUDAH DITUTUP!!!
*** HARAP MAKLUM ***

Sukacita dimaklumkan bahawa CIMB Foundation - YFA Bintang Muda akan mengeluarkan sepasang Trek Sut bagi kegunaan para pelatih setiap kali menyertai perlawanan persahabatan maupun kejohanan di masa hadapan.

Antara tujuan pemakaian Trek Sut ini adalah untuk:
  1. Mmbentuk keyakinan tinggi para pelatih
  2. Membina semangat kekeluargaan sesama pelatih
  3. Menanamkan semangat kesukanan yang tinggi dalam sukan bolasepak
  4. Menimbulkan rasa bangga menjadi pelatih CIMB Foundation - YFA Bintang Muda
Trek Sut ini juga bakal menjadi lambang kemegahan dan kebanggaan para pelatih apabila mereka meningkat dewasa nanti kerana di sinilah bakat mereka telah dicungkil.

Para Ibubapa / Penjaga yang berminat boleh berhubung dengan ibubapa di bawah:

Kategori U8 : En Hazman Ramli (Ayah Amal) 019-309 3939
Kategori U10 : En Khalidi Yusoff (Ayah Aniq) 019-632 1868
Kategori U12 : En Bakar - Burn (Ayah Afiq) 017-333 5106
Kategori U14 : En Khalidi Yusoff (Ayah Aiman) 019-632 1868

Saiz Trek Sut boleh dibuat semasa pesanan. Ukuran labuh Trek Sut berdasarkan kaedah seperti gambar di bawah iaitu dari hujung kolar baju-t hingga ke hujung bawah baju-t. Ukuran dalam inci. Antara saiz yang ada ialah S (16"), M (20"), L (24"), XL (28") dan XXL (32").

Sepasang Trek Sut ini beharga RM70.00 (RINGGIT TUJUH PULUH) sahaja. Tarikh tutup pesanan dan pembayaran adalah pada Hari Ahad, 12 Julai 2009 dan tarikh penghantaran dijangka pada Hari Ahad, 26 Julai 2009.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa / penjaga kerana telah memberi banyak kerjasama dan bimbingan selama ini.

04 Julai, 2009

PERTUKARAN PADANG LATIHAN (PANDAN INDAH)

Sukacita dimaklumkan bahawa lokasi latihan mingguan untuk cawangan Pandan Indah akan bertukar seperti berikut:

Tarikh
18 Julai 2009 (Sabtu)
19 Julai 2009 (Ahad)

Lokasi
Padang Taman Kencana
(Belakang Dewan Serbaguna MPAJ)

Masa
Tiada pertukaran

Kami juga ingin menarik perhatian para ibubapa/penjaga yang sentiasa menyokong CIMB Foundation - YFA Bintang Muda dalam setiap perlawanan dengan menghantar dan menyaksikan anak mereka beraksi dalam persahabatan maupun dalam kejohanan-kejohanan yang disertai.

Kami telah menerima aduan dari ibubapa/penjaga yang memaklumkan bahawa ada segelintir ibubapa/penjaga yang menjerit serta memarahi para pemain yang sedang bermain.

Kami faham bahawa para ibubapa mahukan yang terbaik untuk pasukan CIMB Foundation - YFA Bintang Muda TETAPI sedikit sebanyak ia telah mengganggu moral, emosi dan mental pemain. Secara tidak langsung pemain akan berasa keliru dan membuatkan mereka tidak dapat membuat keputusan sendiri semasa di atas padang. Secara tanpa disedari juga, nama CIMB Foundation - YFA Bintang Muda turut dicemari apabila pihak penganjur turut memberi amaran.

Oleh yang demikian, kami meminta jasa baik para ibubapa/penjaga agar MEMBENAR & MEMBIARKAN jurulatih CIMB Foundation - YFA Bintang Muda sahaja mengawal dan memberi arahan semasa pemain bermain.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibubapa/penjaga kerana telah memberi banyak kerjasama dan sokongan selama ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...