06 Disember, 2010

KEJOHANAN RSC : JUARA BERGANDA 2 TAHUN BERTURUT!


CIMB-YFA Bintang Muda sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia tidak tandus bakat-bakat muda bolasepak apabila berjaya menjadi johan berganda buat tahun kedua berturut-turut setelah dinobatkan sebagai johan keseluruhan dalam Kejohanan Antarabangsa RSC Datuk Chu Ah Nge Ke 6 2010 yang telah berlangsung selama 2 hari dari 4-5 Disember 2010 bertempat Kelab DiRaja Selangor, Bukit Kiara Kuala Lumpur.

Sebelum ini, CIMB-YFA Bintang Muda telah muncul sebagai johan dalam Kejohanan Antarabangsa RSC U12 pada bulan Ogos 2010 lalu. Kejayaan berganda ini mengimbau kembali kejayaan CIMB-YFA Bintang Muda pada tahun 2009 apabila berjaya menjuarai Kejohanan Antarabangsa RSC U12 2009 serta Kejohanan Antarabangsa RSC Datuk Chu Ah Nge Ke 5 2009.

CIMB-YFA Bintang Muda U8
Sungguhpun begitu, kejayaan kali ini tidak datang bergolek apabila sebahagian besar pemain utama U12, U14 & U16 tidak dapat diturunkan kerana kerana telah mewakili negeri masing-masing di Kejohanan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang telah berlangsung di Terengganu pada bulan Jun 2010 lalu.

CIMB-YFA Bintang Muda U10
Peraturan ini sedikit membantutkan kerancakkan kejohanan edisi ke 6 pada kali ini namun CIMB-YFA Bintang Muda tidak pernah merasa tertekan kerana selain dari berjaya menghasilkan pemain muda bertaraf kebangsaan, kita juga boleh berbangga dengan para pemain yang telah beraksi dengan cemerlang disepanjang 2 hari kejohanan in berlangsung.

CIMB-YFA Bintang Muda U12
Cuaca yang redup dan sesekali hujan renyai tidak menghalang para pemain muda ini mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi pada hari pertama kejohanan. Dalam setiap kategori yang dipertandingkan, hampir kesemua perlawanan berakhir dengan CIMB-YFA Bintang Muda mengutip mata penuh.

CIMB-YFA Bintang Muda U14

Namun berlainan pula dengan suasana hari kedua kejohanan apabila seawal jam 10.00 pagi, sinaran cahaya matahari begitu terasa sehinggakan pada awalnya, tumpuan para pemain sedikit terjejas. Mujurlah perkara ini tidak berlanjutan apabila pemain berjaya membiasakan diri.

CIMB-YFA Bintang Muda U16

Sebelum juara keseluruhan dapat ditentukan, 3 akademi telah mengumpul mata yang sama iaitu tuan rumah, KLYS & CIMB-YFA Bintang Muda. Akibat dari itu, pertembungan 'head-to-head' telah diambil kira namun masih belum dapat ditentukan juara.


Setelah dari itu, keputusan diadili berdasarkan  jumlah jaringan gol dan jumlah gol bolos. CIMB-YFA Bintang Muda boleh berbangga kerana jumlah keseluruhan jaringan setiap kategori jauh meninggalkan pasukan lain malah pasukan U10 boleh berbangga kerana tidak dibolosi sebarang gol! .. syabas!


Berikut adalah pencapaian keseluruhan CIMB-YFA Bintang Muda di kejohanan ini:

U10 (Juara)
U16 (Naib Juara)
U8 (Tempat Ke 4)
Keputusan Keseluruhan : JUARA


Pemain Terbaik Perlawanan Akhir U8 : Salehuddin
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir U10 : Alif Haikal
Pemain Terbaik Kejohanan U10 : Mohd Hasif
Penjaring Terbanyak Kejohanan U10 : Alif Safwan
Pemain Terbaik Kejohanan U16 : Syed Mohamad Ismail

Tahniah diucapkan kepada semua warga CIMB-YFA Bintang Muda yang telah mempamerkan semangat juang yang tinggi serta keazaman untuk mempertahankan kejuaraan ini buat kali kedua.

Saat diumumkan Juara Keseluruhan
Jutaan terima kasih kepada para jurulatih yang telah berjaya membimbing pasukan tanpa mengira panas dan hujan. Juga jutaan terima kasih kepada para ibubapa yang tidak jemu-jemu menyokong CIMB-YFA Bintang Muda dalam semua kejohanan yang telah berlangsung sepanjang tahun 2010 ini, baik di dalam maupun di luar negara.


 

Pencapaian CIMB-YFA Bintang Muda dalam Kejohanan Antarabangsa RSC Datuk Chu Ah Nge: 

2007 : Naib Juara
2008 : Naib Juara
2009 : Juara
2010 : Juara

** Kita MENANG sebagai SATU PASUKAN **
* Kita KALAH juga sebagai SATU PASUKAN *

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...